Laporan Aktiviti & Berita

MAKLUMAN PELAKSANAAN TUGASAN PELBAGAI ITEM (PT3) M/P GEOGRAFI



MAKLUMAN PELAKSANAAN TUGASAN PELBAGAI  ITEM PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) MATA PELAJARAN GEOGRAFI 2017

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah  dirujuk dan berkaitan.

  1. Dimaklumkan bahawa semua murid Tingkatan Tiga sekolah ini akan terlibat dalam pelaksanaan tugasan pelbagai item PT3 mata pelajaran Geografi.
  2. Hasil tugasan ini akan dinilai oleh pentaksir sekolah. Bagi tujuan ini, semua murid akan menjalankan kerja lapangan di luar waktu persekolahan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
  3. Dimaklumkan juga bahawa pelaksanaan tugasan ini akan berjalan dalam tempoh masa 3 minggu dari 2-31 Julai 2017 seperti mana ketetapan yang telah dibuat oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Penulisan laporan akan dibuat dari 9-31 Julai 2017 pada waku pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi. Ibu bapa/ penjaga perlu memastikan anak-anak hadir ke sekolah dalam tempoh pelaksanaannya.

 

Sekian terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang  menurut  perintah,

 

…………………………………….

(Pn Hjh Kalsom Hj Abd Aziz)

Pengetua Cemerlang

SMK Elopura Bestari Sandakan

 

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.