Laporan Aktiviti & Berita

Majlis Solat Hajat dan Mohon Restu



Tarikh: 01 Oktober 2010 (Jumaat)

Tempat: Dewan Persona

Pelajar Tingkatan 3 SMK Elopura diberi galakan dan suntikan paradigma pada hari ini menerusi suatu Majlis Solat Hajat dan Mohon Restu yang telah menjadi suatu tradisi SMK Elopura dalam memberi galakkan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan. Solat Hajat bermula sejak jam 12 tengahari lagi bagi pelajar-pelajar beragama Islam.

Sebaik saja solat selesai di masjid, para tetamu, guru-guru serta semua pelajar Tingkatan 3 turut berkumpul di Dewan Persona bagi Majlis Mohon Restu. Dalam ucapan beliau, Pn Pengetua mengingatkan para pelajar bahawa majlis sebegini bagi pelajar PMR sudah menjadi satu tradisi. Hanya mereka yang akan menduduki PMR tahun ini saja yang terasa ini pengalaman baru bagi diri mereka. Sememangnya pihak sekolah mengambil berat terhadap para pelajarnya terutama mereka yang akan menduduki peperiksaan umum.

Encik Salamun Bin Ali pula memberi kata-kata semangat kepada para pelajar agar mereka terus berusaha sehingga saat terakhir. Beliau mengingatkan para pelajar bahawa mereka sangat-sangat bertuah pada zaman kini jika berbanding dengan keadaan masyarakat pada ketika beliau masih di bangku sekolah. Segala yang terbaik sudah disediakan kepada mereka. Para pelajar hanya perlu buat yang terbaik demi diri mereka, ibubapa mereka dan juga nama baik sekolah.

Para pelajar disajikan makanan dan minuman selepas majlis selesai. Mereka menjamu selera dalam kumpulan kecil agar masing-masing dapat memberi sokongan kepada rakan sebaya mereka.