Majlis Persaraan dan Perpindahan Staf
Tarikh: 29 Januari 2011 (Sabtu)
Tempat: Dewan Persona
Pada hari ini Kelab Kebajikan Staf (KKS) meraikan persaraan Puan Hajah Bijuri serta perpindahan tempat bertugas bagi Encik Abdul Kahar dan Puan Nina Kartika. Puan pengetua mengucapkan terima kasih dan menyampaikan satu sajak bagi pihak warga SMKE kepada mereka yang diraikan ini. Satu tayangan gambar yang merangkumi kenangan-kenangan manis dipaparkan dalam majlis tersebut.
Makcik Hajah Bijuri Mayong telah berkhidmat di SMK Elopura sejak 1979 selama 32 tahun. Puan Nina Kartika pula telah berkhidmat selama 14 tahun dan Encik Abdul Kahar pula selama 8 tahun. Ucapan-ucapan mereka ini disampaikan dengan penuh emosi.
Warga SMKE yang terdiri daripada guru-guru dan AKS memberi hadiah kenangan-kenaganan kepada mereka yang akan meninggalkan SMK Elopura. Semoga kehidupan mereka turut bahagia di tempat bertugas yang baru.






























