Laporan Aktiviti & Berita

Majlis Pelancaran Program Peningkatan Prestasi Tingkatan Enam 2011



Tarikh: 11 MAc 2011

Tempat: Dewan Persona

Pada 11 Mac 2011 yang lalu, iaitu bersamaan hariJumaat, Unit Kurikulum Tingkatan Enam SMK Elopura telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Peningkatan Prestasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas sesi 2011. Majlis yang dilaksanakan di Dewan Persona itu melibatkan seramai 111 orang pelajar Tingkatan Enam Atas bersama-sama dengan 22 orang guru bagi menyempurnakan majlis tersebut.

Semua Pelajar Tingkatan Enam Atas menerima pelunjuran STPM 2011 masing-masing dan berjanji akan meningkatkan pencapaian mereka serta sekolah berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan. Antara program yang telah dirancang adalah Program Motivasi, Program Kelas Pecutan Awal, Program Elite, Program Invincible dan Program Hope. Majlis ini telah diselaraskan oleh En. Chak Kian Hiung dan dirasmikankan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, iaitu En.Kwok Chee Yen. Turut hadir ialah Penolong Kanan Tingkatan 6, Pn. Basarah Bakar.