Majlis Perlantikan Pemimpin Pelajar 2011
Tarikh: 10 Januari 2011 (Isnin)
Tempat: Dewan Persona SMK Elopura
Pada perhimpunan julung tahun 2011, suatu Majlis Perlantikan Pemimpin Pelajar telah dijalankan bagi memberi watikah perlantikan kepada para pengawas, ketua-ketua kelas serta badan khas seperti pegawai perpustakaan serta briged siber. Perjalanan perhimpunan bermula seperti biasa dengan nyanyian Negaraku, Sabah Tanah Airku serta lagu Sekolah. Majlis bermula sebaik sahaja guru bertugas selepas menyampaikan laporan beliau.
Watikah perlantikan disampaikan oleh Pn Kalsom, Pengetua SMK Elopura. Para penerima perlantikan berikrar untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.



























