Laporan Aktiviti & Berita

MAJLIS PERPISAHAN STAF AKP PN. MARLINA BINTI LASAMA



Tarikh: 05 OKTOBER 2017

Tempat : BILIK E-LAB, SMK ELOPURA

Pada 05 Oktober yang lalu, warga SMK Elopura telah mengadakan satu majlis perpisahan sempena pertukaran sekolah oleh seorang staf AKP yang bertugas sebagai pembantu makmal iaitu Pn. Marlina Binti Lasama. Permohonan beliau untuk bertukar atas dasar mengikut suami telah diluluskan dan beliau akan berpindah ke sekolah SMK Sindumin, Sipitang. Kehadiran warga guru SMKE diwakili oleh sekolah sesi petang dan telah menambahkan lagi seri perjalanan majlis yang diadakan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi kelab kebajikan Staf 2017, Ustaz Muhammad Bin Mohd Noor dan diiringi dengan bacaan doa. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan Pn. Pengetua sebagai menghargai jasa dan peranan beliau dalam organisasi disamping ucapan tahniah atas pertukaran beliau. Seterusnya ucapan diteruskan pula oleh orang yang diraikan Pn. Marlina lasama. Dalam ucapannya beliau menyampaikan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya pihak pentadbir yang telah banyak memberi peluang kepada beliau untuk menimba ilmu dalam menjalankan tugas beliau di sekolah. Beliau juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan guru dan akp yang selama ini telah banyak membantu.

Majlis diteruskan dengan sesi pemberian hadiah dari pihak pentadbir, wakil SSeMS, wakil bidang dan Kelab KKS. Majlis ditutup dengan sesi bersalam-salaman dengan warga SMKE yang hadir.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.