MAJLIS KONVOKESYEN DAN ANUGERAH ELOBEST 2017

Tarikh: 31 Oktober 2017
Tempat: Dewan Persona SMK Elopura
Pada 31 Oktober 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura telah mengadakan Majlis Konvokesyen Dan Anugerah Elobest 2017. Majlis itu bermula seawal pukul 8.00 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di Dewan Pesona, SMK Elopura. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM 2017 atas usaha gigih mereka menimba ilmu. Selain itu, majlis ini juga turut meraikan pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 yang mencapai kecemerlangan dalam akademik dan HEM.
Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada para pelajar supaya terus cemerlang. Majlis ini dimulakan dengan perarakan masuk para graduan, perasmi, wakil dari PPD, tetamu jemputan, Pengetua, Penolong Kanan, dan Ketua-ketua Bidang. Selepas itu, nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah airku dan lagu sekolah dinyanyikan dengan penuh semangat serta diteruskan dengan bacaan doa.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengetua SMK Elopura. Selepas itu, Prof. Dr Lum Mok Sam, Timbalan Dekan (Akademik Dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pertaninan Lestari (Kampus Sandakan), Universiti Malaysia Sabah, memberikan ucapan sekaligus melaksanakan upacara perasmian.
Acara diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar tingkatan 5, pelajar cemerlang tingkatan 3, 4 dan 5, diikuti dengan penerima-penerima anugerah khas. Antaranya adalah:
- Tokoh Budiman : Sahrul Nizam Bin Abdullah (5.3)
- Anugerah Khas Pengetua : Siti Noorzuraidah Binti Alibasa (5.1)
- Anugerah Tokoh Pelajar Bestari : Rosman B. Roslee (5.3)
- Anugerah Peningkatann Prestasi Terbaik Ting.5 : Nuriqbal Bin Abdul Khamis (5.3)
- Anugerah TerbaikTing.5 Aliran Sains : Siti Noorzuraidah Binti Alibasa (5.1)
- Anugerah TerbaikTing.5 Aliran Kemanusian : Rosman B. Roslee (5.3)
- Anugerah Peningkatann Prestasi Terbaik Ting.3 : Nuratirah Binti Iman (3.4)
- Anugerah Terbaik Ting.3 : Siti Aishah Binti Amirwan (3.2)
Secara keseluruhannya, majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.