Laporan Aktiviti & Berita

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENYERAHAN INFAQ RAMADHAN



Tarikh: 2017M/1438H

Tempat : Dewan Persona dan Masjid AL-Aqsa

 

Pada 21 Jun 2017 bersamaan 26 Ramadhan 1438H Unit Dakwah SMK Elopura telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis tersebut merupakan penutup bagi Program Tadarus Al-Quran dan program-program lain yang dilaksanakan di sepanjang bulan ramadhan seperti kupasan surah Al-Kafri, One Hour Membaca Al-Quran,Tadarus dan Tazkirah Ramadhan. Pelaksanaan bagi Program Tadarus Al-Quran ini dilaksanakanĀ  pada setiap hari selasa dan rabu di kelas masing-masing dengan bimbingan guru manakala pelaksanaan bagi program-program yang lain ialah selepas waktu Zohor, hari isnin sehingga khamis.

Selain Majlis Khatam Al-Quran ini, Majlis Penyerahan Infaq Ramadhan juga turut diadakan. Seramai 88 orang pelajar yatim dan 109 pelajar yang kurang berkemampuan telah menerima infaq hasil daripada sumbangan guru-guru Elopura dan sumbangan daripada Datuk Akhbar Khan yang merupakan mantan wakil rakyat Libaran. Dengan penyerahan infaq ramadhan ini, diharap akan dapatĀ  memberikan kegembiraan kepada mereka.

Semoga majlis seumpama ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang dan dapat memberi impak yang lebih baik dapat menjalani dan menghayati bulan ramadhan al-mubarak.

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.