Laporan Aktiviti & Berita

Majlis Anugerah Kokurikulum 2011



Tarikh : 14 Julai 2011

Tempat : Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan

Masa: 8:00 pagi – 1.00 petang

Majlis Anugerah Kokurikulum ini diadakan bagi melahirkan dan membentuk pelajar baik dalam bidang kepimpinan mahupun bidang sukan sepanjang tahun 2011. Bersesuaianlah dengan tema Karnival Kokurikulum pada tahun ini iaitu “1Elopura Penjana Transformasi 1Malaysia”. Majlis Perasmian Majlis Anugerah Kokurikulum dan Penangguhan Karnival Kokurikulum 2011 ini disempurnakan oleh . Turut hadir dalam memeriahkan lagi Majlis Anugerah Kokurikulum ini ialah En. Ramlan Jagah selaku Ketua Unit Pengurusan Kemanusiaan PPD Sandakan dan En. Salamun Bin Ali selaku Yang Dipertua PIBG.

Pelbagai kategori anugerah telah disampaikan sempena Majlis Anugerah Kokurikulum ini seperti berikut :

  1. Unit Beruniform Cemerlang
    • Sesi pagi – Pengakap
    • Sesi petang – BSMM
  2. Kelab/Persatuan Cemerlang
    • Sesi pagi – Katering
    • Sesi petang – Bahasa Cina
  3. Unit Sukan / Permainan Cemerlang
    • Sesi pagi – Bola Baling
    • Sesi petang – Bola Tampar
  4. Unit Kokurikulum Cemerlang Tingkatan 6
    • Kadet Polis
  5. Niche terbaik
    • Badminton
  6. Pertandingan 1 Laman 1 Pasukan
    • Pandu Puteri
  7. Pertandingan Pameran
    • Johan – Kelab Seni Visual
    • N.Johan – Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu
    • Ketiga – Kelab Bahasa Inggeris Tingkatan 6
  8. Pertandingan Gerai
    • Johan – Bola Baling
    • N.Johan – Ping Pong
    • Ketiga – Bola Tampar
  9. Pelajar Cemerlang Unit Beruniform
    • ZULKIFLI JAMBA (PENGAKAP)
  10. Pelajar Cemerlang Kelab/Persatuan
    • KADIR B. SHARAFUDDIN (PERPIS)
  11. Pelajar Cemerlang Unit Sukan / Permainan
    • MUHD RAZIQ B. LATIP (BADMINTON)
  12. Pelajar Cemerlang Tingkatan 6
    • NURFAIZALINAH BTE ABD SANI (KADET POLIS T6)
  13. Pelajar Cemerlang Niche Sekolah
    • BRANDON CAINE MAIL (BADMINTON)
  14. Anugerah Gemilang Kokurikulum
    • SITI NURSYAFIQAH IDAYU MALIMAR