Laporan Aktiviti & Berita

MAJLIS ANUGERAH ELOBEST 2018



Pada 29 Mac 2018 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Elopura 2018 (PT3,SPM,STPM). Majlis bermula seawal pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di Dewan Pesona, SMK Elopura. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang telah menduduki PT3 2017, pelajar  tingkatan 5 yang telah menduduki SPM 2017  dan pelajar tingkatan 6 yang telah menduduki STPM 2017 yang lepas atas usaha gigih mereka menimba ilmu. Selain itu, majlis ini juga turut meraikan guru-guru yang telah berusaha menunjukkan peningkatan prestasi Gred Purata Mata Pelajaran dalam mencapai kecemerlangan akademik semua murid SMK Elopura.

Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada para pelajar supaya terus cemerlang. Majlis ini dimulakan dengan perarakan masuk para murid cemerlang, tetamu jemputan, wakil dari PPD, Pengetua, Penolong Kanan, dan Ketua-ketua Bidang. Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah airku dan lagu sekolah dinyanyikan dengan penuh semangat serta diteruskan dengan bacaan doa.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengetua SMK Elopura. Selepas itu, Encik Haidin Bin Osman, Pengerusi Biro Pendidikan Parlimen Libaran mewakili YB Datuk Juslie Bin Hj. Ajirol (Ahli Parlimen Libaran P184) memberikan ucapan sekaligus melaksanakan upacara perasmian.

bestatudent_1 bestatudent_spm1 bestatudent_stpm bestatudents_PT3 guru-guru ucapan1


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.