Laporan Aktiviti & Berita

LDP: 21st Learning Century



Tarikh : 5 Januari 2017

Tempat : E-Lab 1

Latihan Dalam Perkhidmatan guru-guru SMK Elopura pada tahun 2017 ini dimulakan dengan perkongsian ilmu mengenai Pembelajaran Abad ke-21 yang telah disampaikan oleh Encik Ng Kim Choy. Pada hari tersebut, beliau telah berkongsi maklumat tentang konsep,  ciri-ciri  dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan  yang menjurus kepada pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21. Semoga dengan perkongsian tersebut,guru-guru dapat menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 terutamanya dalam menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa.

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.