Laporan Aktiviti & Berita

Lawatan SK Taman Rimba Sandakan



Tarikh : 29 September 2016
Masa : 7.30 – 12 tengahari
Tempat : E-Lab dan Sekolah Sen i

Pada 29 Oktober yang lalu, SMK Elopura telah dikunjungi oleh seramai 120 orang pelajar dan 7 orang guru dari SK Taman Rimba Sandakan.Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan UPSR tentang Sekolah Bestari dan Sekolah Seni Malaysia Sabah.

Ketibaan guru dan pelajar telah disambut dengan ceria oleh pasukan Bridget Bestari SMK Elopura dan dibawa ke E-Lab untuk diberikan sedikit taklimat.Slot pertama program adalah tayangan video mengenai Sekolah Bestari dan perlaksanaan Frog vle di sekolah, pengenalan kepada laman web rasmi sekolah serta sesi menjawab kuiz Bestari yang dikendalikan oleh pelajar Bridget.Guru dan pelajar kemudiannya diberikan jamuan ringan sebelum bergerak ke Blok Waja yang menempatkan Sekolah Seni Malaysia Sabah.

Untuk slot kedua,guru dan pelajar ditempatkan di Bilik Teater Sekolah Seni untuk sesi taklimat dan pendedahan tentang penubuhan Sekolah Seni Malaysia Zon Sabah.Ruang pameran juga disediakan agar guru dan pelajar SK Taman Rimba dapat melihat hasil karya guru dan juga pelajar-pelajar seni.Selepas itu, lawatan diserikan lagi dengan persembahan alat muzik,lakonan,tarian dan nyanyian pelajar-pelajr seni yang sememangnya amat menarik dan menyeronokkan.Pemberian cenderahati oleh pihak pentadbir kepada wakil guru SK Taman Rimba mengakhiri sesi lawatan tersebut.

rimba-okt-2016-large rimba-okt-2016-10 rimba-okt-2016-9 rimba-okt-2016-8 rimba-okt-2016-7 rimba-okt-2016-6 rimba-okt-2016-4 rimba-okt-2016-3 rimba-okt-2016-1

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.