Laporan Aktiviti & Berita

Lawatan Sambil Belajar SK Kunak1



Tarikh : 17 Oktober 2016
Masa : 7.30 – 12 tengahari
Tempat : E-Lab dan Dewan Persona

Pada 29 Oktober yang lalu, SMK Elopura telah dikunjungi oleh seramai 50 orang pelajar dan 5 orang guru dari SK Kunak1, Kunak.Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan UPSR tentang Sekolah Bestari dan Sekolah Seni Malaysia Sabah.

Ketibaan guru dan pelajar telah disambut dengan ceria oleh pasukan Bridget Bestari SMK Elopura dan dibawa ke Dewan Persona sebelum beralih ke E-Lab untuk diberikan sedikit taklimat. Puan Pengetua, Hajah Kalsom Binti Abdul Aziz memulakan slot pertama dengan ucapan beliau disusuli dengan sesi bergambar.Selepas itu pelajar lelaki SK Kunak dibawa ke Pusat Akses untuk melihat cara-cara memasang peralatan komputer manakala pelajar perempuan dibawa ke Elab 1 untuk melihat tayangan video mengenai Sekolah Bestari dan perlaksanaan Frog vle di sekolah, pengenalan kepada laman web rasmi sekolah serta sesi menjawab kuiz Bestari yang dikendalikan oleh pelajar Bridget.Guru dan pelajar kemudiannya diberikan jamuan ringan sebelum melihat persembahan daripada pelajar-pelajar seni.

Slot kedua dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ketua Bidang Sekolah Seni, Cikgu Agnes@Nuriati dan diikuti dengan persembahan teater,koir dan tarian pelajar-pelajar seni. Pemberian cenderahati oleh pihak pentadbir kepada wakil guru SK Kunak1 mengakhiri sesi lawatan tersebut.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.