Laporan Aktiviti & Berita

Lawatan Ketua Menteri Sabah



Tarikh: 25 Jan 2010

Tempat: SMK Elopura Sandakan

Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah mengunjungi SMK Elopura Sandakan bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Pelajar dan Ceramah Keibubapaan. Beliau turut melancarkan Laman Web sekolah secara rasminya.

Datuk Musa turut memberi sokongan kepada pihak sekolah dengan memberi janji bagi pembinaan sebuah dewan untuk menambung 1,600 pelajar SMK Elopura.

Pasukan kebudayaan sekolah turut memberi satu persembahan tarian bertajuk ’1 Malaysia’ dan para hadirin turut dihibur dengan persembahan pidato.