Lawatan IAB
Tarikh: 5 Ogos 2009
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Jumlah Pelawat: 33 anggota (pegawai & guru-guru besar)
Satu rombongan pegawai-pegawai dari Institut Aminuddin Baki dan guru-guru besar Sabah dan Sarawak telah mengunjungi SMK Elopura Sandakan. Rombongan ini terdiri daripada 33 pegawai dan guru-guru besar. Rombongan IAB dan Guru-guru Besar Sabah dan Sarawak tiba pada 5 Ogos 2009 kira-kira jam 8:00 pagi.
Rombongan ini disambut dengan meriahnya oleh Pasukan Silat SMK Elopura diikuti dengan pemeriksaan Perbarisan Unit Beruniform. Sejerus selepas itu, para tetamu dijemput untuk berangkat ke Bilik Mesyuarat Utama bagi taklimat ringkas dan diikuti dengan lawatan ke kawasan-kawasan sekeliling sekolah.
Pada penghujung, para tetamu menjamu selera di Dewan Persona dan dihiburkan dengan persembagahn Dikir Barat dan setiap tetamu diberi CD Cenderahati sebagai kenang-kenangan.






























