Laporan Aktiviti & Berita

Lawatan Pegawai BSMM Cabang Sandakan



Tarikh: 25 Julai 2011

Tempat: Bilik UBK, SMK Elopura Sandakan

Seramai tiga pegawai dari Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sandakan telah mengunjungi SMK Elopura Sandakan bagi memantau serta berbincang aktiviti pergerakan Unit Belia Bulan Sabit Merah di sekolah ini. Rombongan ini diketuai Encik Chin Loi Tong selaku Pegawai Penjaga Belia yang bertanggungjawab atas hal ehwal Unit Belia di daerah Sandakan. Menurut beliau, tujuan rombongan ini ke sekolah adalah supaya kedua-dua pihak dapat berkongsi idea dan pengalaman serta mendapatkan input daripada para guru pemimpin belia di sekolah khasnya cabaran-cabaran yang dihadapi ketika melakukan perjumpaan Unit Belia BSMM di sekolah.

Pada masa yang sama, Encik Chin juga memaklumkan kepada para guru pemimpin belia bahawa pihak Pusat BSMM sedang menyediakan satu Buku Panduan agar membantu mereka dapam pengurusan unit belia masing-masing. Tatacara naik pangkat serta pembentukan Seksyen BSMM bagi pelajar Tingkatan 6 turut dikongsi. Dengan kunjungan ini, diharap kerjasama yang lebih erat dapat dibentuk antara pihak sekolah dengan pihak pusat BSMM. Pegawai-pegawai BSMM turut berjumpa dengan Pn Siti Nor, PK Kokurikulum sebelum berangkat  ke destinasi seterusnya.