Lawatan Benchmark Ting 6 Dari SMK Kunak Jaya
Tarikh: 7 Oktober 2011 (Jumaat)
Tempat: Dewan Persona SMK Elopura Sandakan
Seramai 10 orang guru-guru Tingkatan Enam SMK Kunak Jaya telah mengunjungi SMK Elopura Sandakan pada 7 Oktober. Lawatan ini bertujuan untuk menjalinkan perkongsian ilmu guru-guru Tingkatan Enam dalam memperkasakan Tingkatan Enam seterusnya meningkatkan profesionalisme guru.
Rombongan ini diketuai oleh En. Kamal Pajakkai, seorang Guru Akademik Ekonomi yang berpengalaman.
Pengisian dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua SMK Elopura Pn. Hjh Kalsom Abd Aziz diikuti tayangan video Korporat SMK Elopura. Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua Rombongan SMK Kunak Jaya En. Kamal Pajakkai. Taklimat Pengurusan Tingkatan Enam telah disampaikan oleh Penolong Kanan Tingkatan Enam SMK Elopura Pn. Basarah Bakar bagi berkongsi pengalaman dalam pengurusan Tingkatan Enam di sekolah ini. Taklimat R & D pula disampaikan oleh Pn. Safariah Mohd Ayop diikuti dengan taklimat Ko-Kurikulum oleh En. Wee Fwen Yep. Sesi refleksi dan perkongsian pada penghujung majlis membolehkan kedua-dua pihak memantapkan pengurusan Tingkatan Enam di sekolah masing-masing.
Sejurus itu, para tetamu melawat sekitar kawasan sekolah dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

































