Laporan Aktiviti & Berita

Larian 1 Elobest



Tarikh: 22 Mei 2010

Tempat: SMK Elopura Sandakan

Larian 1 Elobest SMK Elopura adalah satu aktiviti kokurikulum tahunan anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG SMK Elopura. Sebelum aktiviti ini dijalankan, pihak sekolah akan meminta setiap pelajar dan guru berganding bahu bagi memungut dana melalui Kad Larian 1 Elobest. Sasaran kutipan dana ini adalah di kalangan keluarga, sahabat handai, guru, mantan guru SMKE, agensi luar yang berurusan dengan sekolah, PIBG, Alumni dan orang perseorangan yang berkepentingan dalam aktiviti dan pencapaian sekolah. Oleh itu diharapkan kutipan dana berkenaan dapat menyumbang kepada perkembangan aktiviti kokurikulum sekolah dan Larian 1 Elobest itu sendiri pula akan dapat memupuk semangat kesukanan, merapatkan talian silatulahim di kalangan pelajar, ibu bapa, guru dan pihak kerajaan dan swasta berkepentingan bersama.

KATEGORI PERTANDINGAN
Kategori 1    Pelajar Lelaki (A) SMK Elopura
Kategori 2     Pelajar Perempuan (A) SMK Elopura
Kategori 3    Pelajar Lelaki (B) SMK Elopura
Kategori 4    Pelajar Perempuan (B) SMK Elopura
Kategori 5    Pelajar Lelaki (C) SMK Elopura
Kategori 6     Pelajar Perempuan (C) SMK Elopura
Kategori 7    Terbuka Lelaki
Kategori 8    Terbuka Perempuan
Kategori 9     Terbuka Senior Lelaki
Kategori10    Terbuka Senior Perempuan

Larian 1 Elobest telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang amat menggalakan. Semua guru dan murid menunjukkan komitmen yang tinggi.  Di samping itu, pelbagai pihak luar turut menyumbangkan tenaga dan khidmat bantuan dalam menjayakan program ini. Antaranya, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, Pegawai Perhubungan Sekolah, Rela, Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sandakan, Sandakan Amateur Radio Club, Majlis Perbandaran Sandakan, PIBG dan Alumni SMKE. Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha dan kerjasama yang diberikan.