Laporan Aktiviti & Berita

KURSUS PENGINTEGRASIAN MICROSOFT 365 TOOLS DALAM PENDIDIKAN



PENGINTEGRASIAN MICROSOFT 365 TOOLS IN EDUCATION
BAGI GURU-GURU SMK ELOPURA
DAN 10 SEKOLAH LAIN DI DAERAH SANDAKAN
ANJURAN BERSAMA
UNIT I-THINK DAN  UNIT BESTARI SMK ELOPURA
PEJABAT PELAJARAN DAERAH SANDAKAN
DENGAN USAHASAMA
TEACHER AMBASSADORS MICROSOFT MALAYSIA

Tarikh : 13 -14 Mac 2017
Tempat : E-Lab1

 

Perancangan kurikulum abad ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Melalui perkongsian pengintegrasian Microsoft Office 365 Tools dalam pendidikan, 30 orang Guru dari SMK Elopura menjadi ‘Champions’ Microsoft. Para ‘Champions’ didedahkan tentang Microsoft Office 365 Tools, Sway, Office Mix dan OneNote. Mereka juga akan menjadi ahli Microsoft Educator Community. Seramai 20 orang guru dari 10 sekolah di daerah Sandakan turut menyertai dalam perkongsian ini.

Perkongsian selama dua hari tersebut, dipenuhi dengan ilmu pengetahuan baru yang sangat bermanfaat oleh Pn. Fairuz Nadira Zainal , Penceramah Jemputan dari pihak Microsoft , Cawangan Kuala Lumpur.  Guru-guru melakukan penerokaan secara berkumpulan mengenai Perisian SWAY dengan bimbingan penceramah secara berterusan sepanjang kelas berlangsung. Laporan interaktif Pn. Norain Bin Ahmad telah terpilih sebagai laporan terbaik kerana beliau telah mengaplikasi kebanyakkan aplikasi yang diperkenalkan di dalam perisian SWAY.

Program Pembelajaran Abad Ke-21 berasaskan PLC ini merupakan satu program komprehensif yang akan dilaksanakan di Malaysia.  Kejayaan program ini bergantung sepenuhnya kepada kesediaan pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru yang terlibat secara langsung dengan pelajar di dalam kelas.   Untuk itu, guru-guru  perlu didedah dan diberi kemahiran abad ke-21 memandangkan mereka ialah tunjang bagi  melahirkan modal insan yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.