Kursus Peningkatan Kemahiran Pembantu Makmal Sains 2011
Tarikh: 22, 24 & 26 September 2011
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Kursus Peningkatan Kemahiran Pembantu Makmal Sains (KPKPMS) telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran mengendalikan semua peralatan Sains dan bahan kimia di Makmal Sains. Dalam masa yang sama, ia memberi pendedahan kepada semua pembantu makmal Sains dalam menyediakan semua bahan kimia, kerja-kerja makmal yang melibatkan kaca,logam, paip, kayu dan elektrik.
Kursus yang dikelolakan oleh Puan Chin Lee Lin, Ketua Bidang Sains dan Matematik ini telah dijalankan dalam tiga sesi berasingan seperti berikut:
Sesi Pertama
Tarikh : 22 September 2011
Hari : Selasa
Masa : 9.00 – 10.00pagi
Tempat : Makmal Fizik
Penceramah : Cikgu Kwok Chee Yen
Bahagian : Elektrik dan elektronik
Sesi Kedua
Tarikh : 24 September 2011
Hari : Khamis
Masa : 9.00 – 10.00 pagi
Tempat : Makmal Kimia
Penceramah : Cikgu Mohd Roshdi Ismail
Bahagian : Penyediaan Bahan Kimia dan Larutan
Sesi Ketiga
Tarikh : 24 September 2011
Hari : Khamis
Masa : 1.00 – 2.30 pm
Tempat : Bengkel Kemahiran Hidup
Penceramah : Cikgu Mohd Johadi Borhan
Bahagian : kerja Paip dan paderi logam
Sesi Empat
Tarikh : 26 September 2011
Hari : Isnin
Masa : 9.00 – 10.00 am
Tempat : Makmal Sains 1
Penceramah: Pn.Mariani Mohd Yusof
Bahagian : Kaca
Antara objektif kursus adalah untuk memantapkan pembantu makmal Sains dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kerja-kerja pengendalian, penyediaan dan pengurusan bahan/peralatan dalam makmal Sains amat penting bagi usaha pembestarian sekolah yang selanjutnya. Kursus ini juga menggalakkan hubungan interpersonel di kalangan pembantu makmal Sains dan guru serta meningkatkan keyakinan pembantu makmal sains.

































