Laporan Aktiviti & Berita

KURSUS KEPIMPINAN UNIT PENGURUSAN KELAS DAN PUSAT SUMBER SMK ELOPURA 2018



BUTIRAN KURSUS 

Hari                : Sabtu

Tarikh            : 10.03.2018

Tempat          : Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan

Masa              : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Pada 10 Mac 2018 yang lepas, Kursus Kepimpinan Unit Pengurusan Kelas & Pusat Sumber telah diadakan. Sasaran kursus ialah untuk semua pemimpin ketua kelas, penolong ketua kelas dan pengawas pusat sumber. Seramai 92 orang pelajar telah terpilih mengikuti program yang dijalankan. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kesungguhan dan semangat para pelajar berdasarkan beberapa objektif, antaranya :

  1. Membantu murid memahami skop tugas dan peranan jawatan masing-masing.
  2. Membantu murid menerapkan sikap bertanggungjawab dan berintegriti terhadap jawatan yang dipegang

Secara keseluruhan kursus kepimpinan UPK dan PSS Berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Diharap agar pelajar dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah diperoleh sepanjang kursus ini dijalankan demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang.

student ucapan taklimat-L pelajar_catit all


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.