Laporan Aktiviti & Berita

Kursus Kepimpinan Siri 2 : Tugas dan Tanggungjawab



Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform dan Pasukan Sukan dan Permainan sekolah adalah amat penting untuk dikuasai oleh setiap AJK tertinggi yang telah dilantik. Oleh itu, Unit kokurikulum SMK ELopura Bestari telah mengadakan “Kursus Kepimpinan Siri 2: Tugas dan Tanggungjawab” yang telah berlansung pada 11 Febuari 2017, bertempat di SMK Elopura Bestari. Kursus ini telah dihadiri seramai 138 orang pelajar yang terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan bendahari.

Objektif kursus ini adalah untuk Memberi pengetahuan dan pendedahan asas pengurusan aktiviti kokurikulum kepada AJK tertinggi, melahirkan pemimpin pelajar yang berkualiti dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan, memantapkan perjalanan aktiviti kokurikulum dan meningkatkan keyakinan dan jati diri AJK tertinggi dalam pengendalian organisasi.

Kursus yang bermula seawal 7:00 pagi dimulakan dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Seni. Sebaik sahaja senaman ringan selesai Puan Siti Nor binti Mohd Arip selaku penolong kanan kokurikulum sekolah memberi ucapan alu-aluan dan taklimat kepada para peserta. Kemudian Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telah mengambil alih melalui slot “motivasi kepimpinan” yang berfokus ciri-ciri seorang pemimpin yang cemerlang. Ceramah telah disampaikan oleh Cik Salsiah binti Salleh dari UBK.

Seterusnya pelajar telah dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pengerusi yang dikendalikan oleh Puan Siti Nor binti Mohd Arip, manakala kumpulan setiausaha dikendalikan oleh Puan Masniah binti Atun dan kumpulan bendahari pula dikendalikan oleh Encik Rudy Kamardi bin Kanda dan Puan Puteri Raihana binti Indatoh. Peserta telah ditaklimatkan tugas dan tanggunjawab masing-masing.

Sebelum kursus ini berakhir para peserta telah melaksanakan aktiviti lestari iaitu menyiapkan kata-kata hikmah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan menggantungnya di sepanjang laluan berbumbung di kawasan sekolah. Kursus ini berakhir pada pukul 3:00 petang. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah menjayakan kursus kepimpinan siri 2 ini.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.