Laporan Aktiviti & Berita

Kursus Kepimpinan 2011



Tarikh: 12 Februari 2011

Tempat: Bilik Tun Razak, SMK Elopura Sandakan

Pada 12 Februari 2011 (Sabtu) Jawatankuasa HEM, SMK Elopura Sandakan telah mengadakan Kursus Kepimpinan 2011 dibawah kelolaan Lembaga Pengawas Sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 137 orang pemimpin murid yang terdiri daripada unit Pengawas Sekolah, MAPPTE,  Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Briged Bestari, PRS, dan AJK Tertinggi Aspura dan Aspuri.  Setiap unit tersebut telah diiringi oleh guru penasihat dan penyelaras masing-masing.

Kursus diadakan bertujuan membentuk pemimpin murid yang berketrampilan, yakin, dan bertanggungjawab. Kursus berlangsung dari pukul 7:30 pagi sehingga pukul 4:30 petang. Kursus berehat pada pukul 10:30 pagi bagi memberi peluang murid dan guru yang terlibat menyertai acara Makan Limau Beramai-ramai dan menyaksikan Persembahan Tarian Singa pada Pesta Ang  Pau yang berlangsung pada hari yang sama.

Bagi membawa semangat Pesta Angpau sungguhpun berkursus di Bilik Tun Razak Blok Waja, setiap peserta diberikan sebiji limau daripada Pengetua Sekolah, Pn. Hjh Kalsom Hj Abdul Aziz sebagai amanat yang harus dijaga sepanjang berkursus. Semoga kursus kepimpinan seperti ini akan dijadikan acara tahunan dengan penambahbaikan pada setiap tahun.