Kursus ASC dan Latihan Tambahan SPS
Tarikh: 26 – 30 Oktober 2009
Tempat: Hotel Dynasty, Kuala Lumpur
SMK Elopura Sandakan merupakan salah satu daripada 88 buah sekolah bestari yang terlibat dalam kursus ASC timetable dan latihan tambahan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan.
Peserta kursus, kebanyakkannya penyelaras bestari telah didedahkan kepada perisian ASC Timetable pada 2 hari pertama kursus. Para peserta berpeluang untuk mencuba perisian ini secara ‘hands-on’. Selain itu, peserta turut diberi pendedahkan terhadap proses integrasi antara ASC dengan Sistem Pengurusan Sekolah oleh fasilitator Rebound-Asia Sdn. Bhd.
Kursus dan latihan ini telah memberi banyak peluang bagi para peserta untuk mendapatkan pendedahan terhadap fungsi dan elemen tambahan yang telah diperkenalkan ke dalam sistem SPS.



























