Laporan Aktiviti & Berita

Kuiz Kenegaraan



Tarikh:   08 Feb 2010 (antara ahli) | 22 Feb 2010 (antara kelas)

Lokasi:   Bilik Tayangan | Dewan Persona

Masa:   1.40 – 3.00 ptg

Kuiz Kenegaraan ini dijalankan bagi  meningkatkan pengetahuan pelajar dalam kenegaraan serta sistem perundangan Malaysia di samping memupuk semangat patriotisme dan nasionalisme dalam diri pelajar.

AJK pelaksana yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 6 memperoleh pengetahuan dan pengalaman tentang prosuder dan peraturan yang perlu dipatuhi semasa menganjurkan sesuatu program di peringkat sekolah. Melalui kuiz ini, pengetahuan am peserta kuiz, mahupun penonton secara langsung dan tidak langsung akan dapat dipertingkatan. Kejayaan kuiz kenegaraan tahun ini tetap akan menjadi pemangkin bagi meningkatkan motivasi pelajar untk menganjurkan program yang seterusnya.