Kursus Profesionalisme Guru SMK Elopura
Tarikh: 24 Julai 2010
Tempat: Rainforest Discovery Centre (RDC), Sandakan
Pada 24 Julai 2010 bertempat di Rainforest Discovery Centre, Sepilok, Sandakan telah berlangsung kursus profesionalisme guru SMK Elopura. Kursus ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan & Penyelidikan. Seramai 46 orang guru telah terlibat dengan kursus ini. Objektif kursus ini antara lain ialah memberi peluang kepada guru-guru bagi menjalankan aktiviti riadah secara kolaboratif dengan sikap toleransi dan menghasilkan perancangan bagi bidang peningkatan infrastruktur alam sekitar sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini ialah Rainforest Discovery Exploration, Ceramah Enviroment Education dan Enzyme Health. Penceramah jemputan ialah Encik George Hubert Petol dari RDC dan Puan Ooi Mee Har dari SJK (C) Chi Hwa.























