Kolokium Pertandingan Penyelidikan 2011
Tarikh: 11 Julai 2011 (Isnin)
Tempat: Dewan Persona SMK Elopura
Kolokium Pertandingan Penyelidikan Tingkatan Enam 2011 telah diadakan pada 11 Julai 2011 bersamaan dengan hari Isnin di Dewan Persona SMK Elopura Sandakan, jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Pertandingan ini diadakan sempena Karnival KoKurikulum SMK Elopura 2011 bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada 7 kumpulan penyelidikan 6 Atas yang telah menonjolkan hasil penyelidikan dan bakat pembentangan yang terbaik. Di samping itu, pertandingan ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar 6 Rendah tentang kepentingan elemen R&D sebagai satu komponen wajib dalam pendidikan Tingkatan 6.
Kolokium Pertandingan Penyelidikan Tingkatan 6 2011 telah disertai 7 kumpulan penyelidikan yang terdiri daripada pelajar-pelajar 6 Atas yang masing-masing mewakili 7 subjek STPM iaitu Bahasa Malaysia, Sejarah, Biologi, Pengajian Perniagaan, Sains Sukan, Ekonomi dan Fizik. Panel penilai dalam pertandingan tersebut terdiri daripada Puan Aau Fui Lin, Cik Salmiah Mohama dan Encik Azman Abas. Tajuk-tajuk penyelidikan mengikut subjek yang dibentangkan adalah seperti yang berikut:
- Bahasa Malaysia – Budaya Merokok Di Kalangan Pelajar SMK Elopura
- Sejarah – Taman Peringatan Sandakan
- Biologi – The Ecological Study of the School Field
- Pengajian Perniagaan – Kronologi Perubahan Harga Petrol (2000 – 2010)
- Sains Sukan – Indeks Jisim Tubuh
- Ekonomi – Potensi Buah Salak Dalam Bentuk Tambah Nilai Di Pasaran Tempatan
- Fizik – Stephen William Hawking and The Black Hole Paradox
Kesemua kumpulan penyelidikan telah mempamerkan kualiti hasil penyelidikan dan bakat pembentangan yang membanggakan dalam pertandingan kali ini. Kumpulan penyelidikan Ekonomi yang dibimbing oleh Cik Raiha Abd. Rahman dan diwakili oleh Manisa Abd. Rauf, Juliana Syamsul, Isah Mohd. Hassan dan Sitti Aisa Kahal dari Kelas 6.2.2 telah muncul sebagai Johan Pertandingan dan seterusnya akan mewakili sekolah dalam pertandingan Peringkat Daerah yang akan diadakan pada 14 September 2011 di SMK Muhibbah Sandakan.
Naib Johan disandang oleh kumpulan penyelidikan Fizik yang dibimbing oleh Encik Chak Kian Hiung dan diwakili oleh Ismawati Iswan, Mori Lee, Nur Ainnie Salim dan Norsahaya Halim dari Kelas 6.2.1. Kumpulan penyelidikan Biologi yang dibimbing oleh Encik Wee Fwen Yep dan diwakili oleh Noor Fazelah Elin, MacCallyster Isa, Noranierah Noho dan Muhammad Ghani dari Kelas 6.2.1 mendapat Tempat Ketiga. Jumah Pen dari Kelas 6.2.3 mewakili kumpulan penyelidikan Pengajian Perniagaan dibawah bimbingan Encik Oswald C. Jokinol telah dipilih sebagai Pembentang Terbaik
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah & Trankrip Penyelidikan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Kalsom Binti Haji Abd. Aziz. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan Terima Kasih kepada semua guru Tingkatan 6 yang telah berkerjasama dan berusaha untuk menjayakan Program Penyelidikan dan Kolokium Tingkatan 6.






































