Laporan Aktiviti & Berita

Penyelidikan dan Kolokium 2009 “Universiti Satu Matlamat”



Tarikh: 21 Julai 2009 Hingga 01 Oktober 2009

Tempat: SMK Elopura Sandakan

Sejajar dengan penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam, banyak elemen pengajaran baru telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar STPM yang menagih suatu anjakan paradigma. Penyelidikan dan kolokium ialah salah satu komponen baru pengajian tingkatan enam. Pendedahan awal kepada bidang penyelidikan dan kolokium membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di universiti yang membudayakan penyelidikan di kalangan penuntutnya. Justeru itu, program Penyelidikan dan Kolokium 2009 yang bertemakan “Universiti Satu Matlamat” telah diadakan untuk semua pelajar tingkatan enam rendah di SMK Elopura bermula dari 21 Julai 2009 hingga 01 Oktober 2009. Seramai 98 orang pelajar tingkatan enam rendah dan seramai 14 orang guru tingkatan enam terlibat di dalam program ini.

Pelajar dibahagi kepada 19 kumpulan dan setiap kumpulan adalah di bawah penyeliaan seorang penyelia. Setiap kumpulan ditugaskan untuk melakukan kajian ke atas salah satu daripada 20 buah IPTA yang terdapat di Malaysia. Sesi penyelidikan telah diaksanakan pada setiap hari selasa dan khamis bermula 28 Julai 2009 hingga 13 Ogos 2009. Ini disusuli dengan 6 sesi kolokium dari 18 Ogos 2009 hingga 10 September 2009 di mana pelajar-pelajar telah membentangkan hasil-hasil dapatan penyelidikan mereka melalui persembahan PowerPoint secara berkumpulan. Pembentangan dan persembahan pelajar dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada guru-guru tingkatan enam. Di samping itu, laporan-laporan kajian pelajar juga dinilai untuk memilih kumpulan yang terbaik. Sesi kolokium diakhiri dengan satu sesi perkongsian pengalaman hidup sebagai seorang penuntut di IPTA oleh guru kaunseling Cik Salsiah Binti Salleh.

Program Penyelidikan dan Kolokium 2009 “Universiti Satu Matlamat” telah ditutup secara rasminya pada 01 Oktober 2009 dengan satu Majlis Penyampaiaan Sijil & Hadiah yang ringkas. Melalui program ini, pelajar-pelajar telah mendapat pendedahan awal dalam bidang penyelidikan di samping mengenali IPTA dan kursus-kursus yang ditawarkan dengan lebih mendalam. Pelajar-pelajar juga lebih teruja untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

kolokium-04

kolokium-05

kolokium-06

kolokium-07

kolokium-08

kolokium-09

kolokium-10

kolokium-11

kolokium-12