Klinik Badminton
Tarikh: 14 Mac 2010 (Ahad)
Tempat: Dewan Badminton, SJK (C) Pea Hwa, Sandakan
Masa: 9:00 pg – 12:00 tgh
Satu klinik badminton telah pun dianjurkan bagi memberi pengetahuan asas permainan badminton kepada para pelajar. Sebagai salah satu niche SMK Elopura Sandakan, badminton sememangnya mendapat sambutan hangat di kalangan pelajar dan guru. Dengan adanya klinik ini, pelajar tingkatan 6 dapat pendedahan permainan badminton sebenar serta semangat kesukanan dapat disemai dalam program ini. Para pelajar sedar akan kepentingan mendisiplinkan diri melalui latihan yang dijalankan. Disiplin adalah asas kepada kejayaan dalam arena sukan dan permainan.






























