Laporan Aktiviti & Berita

Kempen Menanam Sejuta Pokok JPN Sabah



Tarikh: 15 November 2010 (Isnin)

Tempat: SMK Elopura Sandakan

Perasmi: Pengetua SMK Elopura

Warga SMK Elopura Sandakan menyahut cabaran kempen menanam 26 juta pokok di seluruh negara. Kempen ini diterajui oleh JPN Sabah. Sebanyak 100 pohon pokok telah ditanam hari ini di seluruh kawasan sekolah yang strategik. Pokok-pokok ini adalah hasil sumbangan para pentadbir, guru, murid serta warga sekolah yang lain. Kempen yang bermakna ini diberi tema “Bumi Hijau Alam Sejahtera“.