Laporan Aktiviti & Berita

Kempen “Hour Of Code” SMK Elopura



Tarikh : 11.11.2017

Tempat : E-Lab SMK Elopura

Masa : 8 pagi – 1 Petang

Setiap pelajar harus mempunyai peluang untuk belajar sains komputer. Ia membantu memupuk kemahiran penyelesaian masalah, logik dan kreativiti. Dengan memulakan lebih awal, pelajar akan mempunyai asas untuk berjaya dalam mana-mana laluan kerjaya abad ke-21.Hour of Code dianjurkan oleh Code.org, badan bukan bertujuan keuntungan awam 501 c 3 khusus untuk memperluaskan penyertaan dalam Sains Komputer dengan membolehkannya didapati di lebih banyak sekolah, dan meningkatkan penyertaan wanita dan pelajar dari kelompok minori.

Sehubungan dengan itu, Unit Bestari SMK Elopura telah menganjurkan kempen “Hour Of Code” dengan menyasarkan seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar aliran Perdana dan juga pelajar SSeMS. Semua pelajar yang hadir dapat membuat pengaturcaraan untuk menyelesaikan tugasan yang berbentuk games dan mendapat sijil penyertaan peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada semua pelajar, guru dan juga juruteknik sekolah yang telah membantu menjayakan program tersebut.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.