Laporan Aktiviti & Berita

Kempen Derma Darah Sempena Karnival Pendidikan 2011



Tarikh: 18 Jun 2011

Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan

Sempena Karnival Pendidikan 2011 peringkat Daerah Sandakan, SMK Elopura telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada dua acara iaitu Kempen Derma Darah serta Seminar Kajian Tindakan. Karnival ini mendapat sambutan warga pendidik daerah Sandakan. Karnival menjadi meriah atas kunjungan Puan Hajah Maimunah Binti S, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah berserta rombongan beliau. Beliau diiringi Puan Pengetua SMK Elopura Sandakan, Puan Hajah Kalsom Abd Aziz bagi melihat sendiri perjalanan karnival.

Kempen Derma Darah yang diketuai Cikgu Rahima Lagago bersama-sama Jawatankuasa Kempen Derma Darah SMK Elopura berjaya mengutip 86 pek darah bagi Bank Darah Hospital Duchess of Kent Sandakan. Warga pendidik Sandakan telah memberi sokongan yang jitu ke atas kempen ini. Ini merupakan satu permulaan yang baik dan semoga lebih ramai lagi umum yang akan menyumbang kepada kempen mulia ini pada Kempen Derma Darah yang dijangka ada diadakan pada awal bulan Julai 2011. Sememangnya darah diperlukan dalam kuantiti banyak apabila tibanya bulan Ramadan kelak. Menurut Cikgu Rahima Lagago, SMK Elopura merupakan penyumbang kedua teraktif di Sandakan dalam aktiviti kempen derma darah. Ini jelas bahawa warga pendidik dan pelajar amat prihatin terhadap keperluaan dan kebajikan masyarakat setempat.