Laporan Aktiviti & Berita

KEM AKADEMIK BESTARI 2016



Tarikh: 15 – 19 Ogos 2016

Tempat: SMK Elopura Bestari

Kem Akademik Bestari 2016 telah dijalankan pada 15 Ogos hingga 19 Ogos 2016 di SMK Elopura. Seramai 223 orang murid tingkatan 5 menyertai kem Akademik Bestari ini. Kem ini diselaras oleh AJK yang dilantik di peringkat sekolah dan diletakkan dibawah pimpinan Encik Zainuddin Mahat sebagai kem komandan  dan Encik Mohd Johadi Borhan sebagai penolong kem komanden. Antara objektif pelaksanaan Kem Akademik Bestari 2016 adalah untuk memperkukuhkan kemahiran menjawab soalan SPM dalam kalangan murid tingkatan 5. Selain itu, kem ini juga bertujuan meningkatkan motivasi kendiri dan meningkatkan persediaan mental, fizikal dan rohani dalam kalangan murid.

            Kem Akademik Bestari 2016 banyak mendedahkan murid dengan pengisian akademik bagi membantu persiapan murid menghadapi SPM tidak lama lagi. Antara subjek-subjek yang ditekankan adalah subjek wajib lulus SPM seperti Bahasa Melayu dan Sejarah. Selain itu, subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Ekonomi, Perdanganan, ERT dan beberapa subjek lain juga ditekankan. Elemen dan nilai kerohanian dan kecergasan jasmani juga disuntik dan diterapkan dalam diri murid agar mereka lebih tenang, cergas, cekal  dan lebih berusaha untuk mengapai kejayaan dalam SPM.

            Pada 18 Ogos 2016, ibu bapa juga dijemput untuk hadir bersama menunaikan solat hajat dan sekaligus merestui perjuangan dan usaha murid tingkatan 5. Semoga dengan iktihar ini murid lebih mudah memahami ilmu yang dipelajari selama ini dan membantu murid agar mudah menjawab soalan ketika SPM kelak. Pada 19 Ogos 2016, Kem Akdemik Bestari sampai ke penghujungnya selepas murid lelaki menunaikan solat jumaat. Murid-murid akhirnya berkumpul di Dewan Pesona selepas selesai membersihkan kawasan penginapan sepanjang kem.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.