Laporan Aktiviti & Berita

KEJOHANAN SUKANTARA SMK ELOPURA 2018



Pada 13 Mac 2018 yang lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura telah mengadakan kejohanan sukantara peringkat sekolah. Kejohanan sukantara diperkenalkan bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar yang mengganggotai pasukan rumah sukan masing-masing menyumbang sejumlah pungutan mata. Pungutan mata terkumpul kemudiannya ditambah dengan sejumlah mata dalam Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah yang berlangsung pada 14 & 15 Mac 2018.

 

Pelbagai acara telah disusun khusus menguji kemampuan mental dan fizikal para peserta untuk melepasi had masa, had jarak dan had ketinggian dalam usaha memunggut sebanyak mungkin mata bagi disumbang kepada pasukan rumah masing-masing. Antara acara yang dijalankan adalah lontar peluru, larian 40 meter pecut, lompat tinggi dan lotar peluru.

  • OBJEKTIF
    • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengelolaan sukantara dengan sistematik dan cemerlang
    • Memberi peluang kepada warga pendidik menimba pengalaman dan kemahiran dalam aspek pengelolaan sukan.
    • Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya kecerdasan kepada kesihatan tubuh badan manusia.
    • Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti permainan yang terancang.
    • Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid dan guru melalui aktiviti yang diadakan bersama.
    • Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang komprehensif.

 

  • KEPUTUSAN PERTANDINGAN
ACARA KATEGORI MERAH KUNING BIRU HIJAU
50 METER PECUT TING 1 50 43 71 67
TING 2 41 52 44 38
TING 3 35 63 29 18
TING 4 27 30 27 19
TING 5 22 24 17 15
GURU 9 12 0 6
JUMLAH MARKAH 184 224 188 163
LOMPAT JAUH BERDIRI TING 1 53 32 64 67
TING 2 52 49 34 44
TING 3 35 36 22 32
TING 4 20 22 17 25
TING 5 23 14 7 19
GURU 10 16 10 7
JUMLAH MARKAH 193 169 154 194
LONTAR PELURU TING 1 62 29 76 62
TING 2 57 25 39 40
TING 3 43 40 11 20
TING 4 24 23 17 15
TING 5 23 15 22 18
GURU 17 11 5 13
JUMLAH MARKAH 226 143 170 168
LOMPAT TINGGI TING 1 50 36 34 71
TING 2 55 30 34 40
TING 3 42 37 13 28
TING 4 31 24 19 30
TING 5 28 18 7 16
GURU 13 10 3 7
JUMLAH MARKAH 219 155 110 192
822 691 622 717
KEDUDUKAN 1 3 4

2

 larian1 lontar1 pel1


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.