Laporan Aktiviti & Berita

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK ELOPURA 2018



Pada 14 & 15 Mac 2018 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura telah mengadakan kejohanan olahraga peringkat sekolah kali yang ke-41. Kejohanan olahraga sekolah adalah satu keperluan tradisi di mana sukan adalah elemen asas pelengkap kecemerlangan akademik sesebuah sekolah. Menganjurkan kejohanan olahraga menjadi petunjuk penting dalam halatuju organisasi sekolah pada masa akan datang. Sukan juga merupakan jambatan pemupukan semangat toleransi dan kerjasama warga sekolah dengan ibubapa serta penduduk setempat. Di samping itu ia menjadi landasan pencarian bakat, penggilapan bakat serta memperkembangkan minat pelajar-pelajar dalam bidang masing-masing.

 

Kejohanan ini diadakan selama dua hari berturut-turut di mana pelbagai acara telah disusun melibatkan acara balapan dan padang. Kejohanan ini juga turut melibatkan pertandingan seperti khemah, perbarisan, maskot dan sorak terbaik. Semua acara ini diadili oleh barisan penolong kanan SSeMs.

 

  •  KEPUTUSAN KESELURUHAN

 

KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-41 MERAH KUNING BIRU HIJAU
E5 P3 G2 41 E5 P3 G2 41 E5 P3 G2 41 E5 P3 G2 41
ACARA OLAHRAGA & ACARA GURU                             [BIL PINGAT & MARKAH] 28 17 13 17 19 13 23 21 15 19 14 16 10 23 20 20
140 51 26 17 95 39 46 21 75 57 28 16 50 69 40 20
234 201 176 179
LARIAN ELOBEST 591 605 702 578
PERMAINAN 1M1S 90 99 97 109
SUKANTARA 822 691 622 717
SORAK 3 5 (Johan) 2 1
MASKOT 5 3 2 1
RUMAH KHEMAH 3 2 5 1
PERBARISAN 2 5 1 3
JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 1750 1611 1607 1589
KEDUDUKAN 1 2 3 4

  • OLAHRAGAWAN & OLAHRAGAWATI
KATEGORI OLAHRAGAWAN OLAHRAGAWATI
A MOHD ZAFNEE BIN AZMAN(HIJAU) SITI ROSZALINA(BIRU)
B AMIRUL HAZIQ(MERAH) CYLEEN JUPIKELY JAMES(KUNING)
C MOHAMAD HAIQAL AZIM BIN JAMIL(MERAH) RATNA(KUNING)

 balapan1 biru1 hijau1 juara1 kuning1 maskod1 merahmenyala

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.