Kejohanan Olahraga Ke-33
Tarikh : 24, 25 dan 26 Mei 2010
Tempat : SMK Elopura Sandakan
Kejohanan Olahraga merupakan aktiviti tahunan SMK Elopura. Pada tahun ini, genaplah Tahun ke-33 dan telah berjaya dilaksanakan dengan meriah. Majlis Perasmian dan penangguhan diadakan pada 26 Mei 2010 bersama-
sama dengan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dan disempurnakan oleh YDP PIBG En. Salamun Bin Ali. Rumah yang menang dalam Kejohanan Olahraga ke-33 ini ialah Rumah “LANG MERAH” . Semua guru dan murid menunjukkan komitmen dan Semangat Kesukanan yang tinggi dalam semua pertandingan yang diadakan.
Murid-murid Sains Sukan yang dilantik menjadi Pegawai Padang juga telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh bertanggungjawab dan dedikasi. Di samping itu, pelbagai pihak luar turut menyumbangkan tenaga dan khidmat bantuan dalam menjayakan program ini. Antaranya Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sandakan, Rela dan Majlis Perbandaran Sandakan.
Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha dan kerjasama yang diberikan.











































































