Laporan Aktiviti & Berita

Pencapaian Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSN Sabah 2011



Tempat : Kompleks Sukan Kudat

Tarikh : 30 April 2011

400meter Akhir (P) MSS Sabah 2011 (Video)

Hari terakhir kejohanan menyaksikan Sandakan gagal untuk meraih sebarang pingat emas dan terus berada di kedudukan terakhir dari enam bahagian yang bertanding dalam kejohanan olahraga MSS Sabah 2011.

Seperti yang diramal oleh ketua jurulatih olahraga SMK Elopura, atlit Mohd Huzaifah berjaya memenangi pingat gangsa peribadi dalam pernyertaan pertamanya di kejohanan ini. Memandangkan pengalaman berlatih yang baru mencecah setahun, Mohd. Huzaifah dilihat mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh dalam acara pecut.

Seorang lagi atlit sekolah iaitu Abdul Ajim Otuh berjaya membantu kuartet lari berganti-ganti 4 x 400m untuk memenangi pingat perak bagi pasukan Sandakan iaitu pingat terakhir yang berjaya dimenangi oleh Bahagian Sandakan.

Secara keseluruhannya atlet SMK Elopura Sandakan berjaya memungut 1 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa bagi acara individu. Bahagian Sandakan hanya berjaya memungut 1 Emas 10 Perak dan 6 Gangsa untuk berada di kedudukan terakhir pada kejohanan kali ini.

——————————————————————————————–

Tempat : Kompleks Sukan Kudat

Tarikh : 29 April 2011

Keputusan terkini :

Siti Nursyafiqah Idayu :

400 meter berpagar (PINGAT PERAK), 400 meter (PINGAT EMAS)

Merrey binti Gabali :

Lompat Jauh (PINGAT PERAK), Lompat Kijang (PINGAT PERAK)

Atlet SMK Elopura yang mewakili bahagian Sandakan dalam kejohanan MSS Sabah 2011 Kudat setakat ni mempamerkan aksi cemerlang dengan kutipan pingat perak dalam acara 400m lari berpagar pada hari pertama kejohanan melalui Siti Nursyafiqah Idayu dan diikuti oleh Merrey binti Gabali juga memungut pingat perak dalam acara lompat kijang pada hri kedua kejohanan.

Kecemerlangan tersebut diteruskan pada hari ketiga apabila Merrey binti Gabali sekali lagi menghadirkan pingat perak untuk Sandakan bagi acara lompat kijang. Kemarau emas Sandakan berakhir apabila Siti Nursyafiqah Idayu berjaya menjuara acara kegemarannya iaitu 400m pecut dan mengalahkan juara 400m lari berpagar dari Bahagian Pedalaman. Sehingga hari ini Sandakan masih berada di kedudukan terakhir dari enam pasukan yang bertanding dengan kutipan 1 Emas 8 Perak dan 4 Gangsa.

——————————————————————————————–

Tempat : Kompleks Sukan Kudat

Tarikh : 27 April 2011

Atlit SMK Elopura, Mohd Huzaifah yang mewakili Sandakan dalam Kejohanan Olahraga dan Balapan MSS Negeri Sabah 2011 telah mendapat tempat ke-4 dalam pertarungan akhir acara 100 meter. Mohd Huzaifah yang mencatatkan masa ketiga terbaik semasa acara separuh akhir melakukan sedikit kesilapan teknik permulaan sehingga tertinggal di tempat ke-7, 40 meter yang terakhir Mohd Huzaifah cuba untuk mengejar semula namun hanya berjaya di kedudukan ke-4 sahaja sehingga garisan penamat.

Namun begitu, Mohd Huzaifah dilihat mempunyai peluang untuk memenangi sekurang-kurangnya pingat gangsa bagi acara 200 meter pada 30 April 2011 ini sekiranya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

WARGA ELOPURA MENDOAKAN KEJAYAAN MOHD HUZAIFAH DAN RAKAN-RAKAN ATLIT SANDAKAN YANG LAIN.