Laporan Aktiviti & Berita

Ke Arah Pembestarian Sekolah



Tarikh: 14 – 16 November 2011

Tempat: Hotel Sandakan

Guru-guru Penyelaras Bestari dan Guru-guru Perpustakaan dan Media seluruh Daerah Sandakan berhimpun di “Bengkel Mengoptimum Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan Teknologi Maklumat Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ke Arah Pembestarian Sekolah” bagi menyediakan diri bagi menyambut cabaran tugas tahun akan datang. SMK Elopura Sandakan telah di wakili En Lau Chee Loong dan En Abdullah Abdul Rahman. Seramai 83 peserta telah berjaya menyempurnakan bengkel tersebut.

Bengkel ini terbahagi kepada empat modul pembelajaran seperti berikut:

  • Modul 1: Peranan GPB / GP ICT dan GPM
  • Modul 2: Kemahiran Abad Ke-21 dalam P&P
  • Modul 3: Kemahiran Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK dalam P&P
  • Modul 4: SSQS – Analisis Indikator Setiap Domain

Bengkel berakhir dengan suatu Majlis Penutupan di mana peserta diberi sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan penglibatan mereka dalam bengkel ini.