Kempen Derma Darah – 01/2010
Tarikh: 06 Mac 2010
Tempat: Dewan Persona SMK Elopura Sandakan
Pada 6 Mac 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, SMK Elopura Sandakan sekali lagi telah menganjurkan Kempen Derma Darah untuk kali ke-13. Kempen Derma Darah Kali ke-13 ini telah diadakan di Dewan Persona SMK Elopura Sandakan. Seramai 120 orang terdiri daripada warga SMKE dan orang awam telah direkodkan sebagai penderma berjaya. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah menderma darah. Sekalung ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pihak-pihak penaja yang bermurah hati menaja makanan dan minuman sepanjang kempen ini dijalankan antaranya Bakeri Ikhwan, Mei Ngar Bakeri dan juga Borneo Dispensary. Semoga program ini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan dan sentiasa mendapat kerjasama yang berterusan daripada semua pihak.






























