Karnival Pendidikan Daerah Sandakan – Futsal Guru-Guru Sandakan
Tarikh : 18 Jun 2011
Tempat : Sandakan Futsal Court, Batu 4
Pada 18 Jun 2011 telah berlangsung Kejohanan Futsal Guru-Guru Sandakan bersempena Sambutan Hari Guru peringkat Sandakan tahun 2011. Seperti kejohanan-kejohanan sebelum pasukan Staf SMK Elopura telah menghantar pasukan futsal untuk bersaing dalam kejohanan. Berikut senarai pemain-pemain yang mewakili pasukan Staf SMK Elopura.
Pasukan Staf SMK Elopura diletakkan dalam kumpulan C bersama-sama pasukan Staf SMK Datu Pengiran Galpam, SMK Sandakan 2, SK St Mary Bandar dan pasukan Staf Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan. Dalam kejohanan tersebut pasukan Staf SMK Elopura hanya memperolehi 1 kemenangan, 1 seri dan 2 kekalahan.
Pasukan Staf SMK Elopura gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir apabila sekadar mengumpul 4 mata dan menduduki tempat ke-3 dalam kumpulan C.






















