Laporan Aktiviti & Berita

“Kalau Aku Bukan Guru”



Sambutan hari guru sekolah disambut meriah dengan tema ‘GURU PEMBINA NEGARA BANGSA’ dan pakaian bertemakan ‘KALAU AKU BUKAN GURU’ pada 16 Mei 2017 bersamaan hari Selasa. Program dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pemimpin Pelajar bersama Pentadbir (JK3P) yang dibantu sepenuhnya oleh barisan AJK khas program hari guru iaitu pelajar tingkatan 6 rendah SMK Elopura. Kemeriahan lebih meriah dengan persembahan sajak daripada pelajar perdana, persembahan tarian daripada Sekolah Seni Malaysia Sabah dan persembahan nyanyian duet daripada wakil guru dan pelajar. Sambutan meriah berlangsung bermula seawall jam 7.00 hingga 10.00 pagi turut dihadiri oleh YDP PIBG SMK Elopura, En. Salamun Ali. Pelbagai anugerah diberikan kepada guru bagi menghargai jasa mereka, antara anugerah yang menjadi tumpuan adalah Anugerah Guru Tema Berpenampilan yang memberikan penghargaan kepada guru yang berpakaian mengikut tema ‘KALAU AKU BUKAN GURU’. Sambutan ini melahirkan rasa sebak dan gembira dalam kalangan guru atas penghargaan yang pelajar berikan. TERIMA KASIH CIKGU.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.