Laporan Aktiviti & Berita

Pembentangan Kajian Tindakan 2009



Tarikh: 08 Oktober 2009

Tempat: Bilik APD, SMK Elopura Sandakan

Seramai kira-kira 20 orang guru telah membentangkan kajian tindakan masing-masing sama ada secara individu ataupun berkumpulan. Kajian-kajian tindakan yang disampaikan meliputi pelbagai bidang and subjek. Antaranya, Pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Bahasa Inggeris, Agama Islam, Keberkesanan Jadual Waktu Anjal, Laman Web, dan sebagainya. Pembentangan bermula kira-kira jam 8:00 pagi.

Para Pembentang Kajian termasuk:

  • Azman Abas
  • Wan Salasiah
  • Hadizah Sahabi
  • Rahimah Nasri
  • Monica Loh
  • Mulyono Hariono
  • Azrina Sukut
  • Darmawati Jumadi
  • Roshianah Mangkana
  • Catherine
  • Sarjani Salleh
  • Lau Chee Loong
  • Siti Sarah
  • Salsiah Salleh

Para Juri terdiri daripada:

  • Pn. Connie Ng
  • Cik Rahima Lagago
  • Pn. Safariah Ayop
  • Pn. Aau Fui Lin
  • En. Mahazi Siharun
  • Pn. Basarah Bakar

Pembentangan Kajian Tindakan 2009 turut dimeriahkan dengan kehadiran En. Awang Jaya bin Awang Damit, jemputan khas dari Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Kota Kinabalu. Beliau berkongsi pengalaman beliau dalam bidang kajian dan inovasi. Justeru itu, beliau berkongsi dengan guru-guru tentang kriteria dan syarat penyertaan pertandingan inovasi sama peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Pembentangan diakhiri dengan komen daripada En Kwok Chee Yen, Penolong Kanan Kurikulum serta rumusan keseluruhan oleh Pengetua SMK Elopura Sandakan, Pn Hjh Kalsom Abd Aziz. Pengetua memberi keyakinan kepada para pembentang bahawa hasil kajian akan dijilidkan dalam bentuk buku dan dijadikan hak cipta sekolah. Sesi pembentangan berakhir pada kira-kira 12:30 tengahari.

Perserta Pembentangan Kajian TindakanPeserta Pembentangan Kajian TindakanPenyampaian Cenderahati kepada tetamu khas