Laporan Aktiviti & Berita

Juara Berganda : Pasukan Sepak Takraw SMK Elopura Perlu Digeruni



Tarikh : 21- 22 Januari 2017

Tempat : SMK Tinusa

 

Kelab Sepak Takraw SMK Elopura 2017 telah menghantar 4 pasukan ( bawah 15 dan 18 tahun ) bagi menyertai pertandingan MSSD Sandakan. Semua guru penasihat Kelab Sepak Takraw SMKE mengiringi pelajar dari bermulanya pertandingan sehingga  berakhirnya pertandingan pada hari Ahad bersamaan 22 Januari 2017.

Pada tahun ini, pasukan sepak takraw SMK Elopura berjaya mengharumkan nama sekolah dengan mengekalkan kejuaraan pada dua tahun berturut-turut seterusnya menjadi pasukan yang digeruni di Daerah Sandakan. Sehubungan dengan itu, seramai 6 orang pelajar telah dipilih ke pemilihan pemain bagi mewakili Daerah Sandakan untuk ke pertandingan peringkat bahagian yang akan diadakan di Daerah Kinabatangan.

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.