Perkhemahan Antarabangsa Jota dan Joti 2010
Tarikh: 15 – 17 October 2010
Tempat: Scouts Nature Park Sandakan
Satu kumpulan warga SMK Elopura Sandakan telah menyertai Perkhemahan Peringkat Antarabangsa “Jamboree on the Air (JOTA) kali ke-53 dan Jamboree on the Internet (JOTI) kali ke-14 tahun 2010 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah bertempat di Scouts Nature Park Sandakan. Selain ahli pengakap, ahli Bulan Sabit Merah dan Pandu Puteri turut dijemput untuk menyertai perkhemahan ini.
Para peserta perkhemahan mendapat pendedahan pengunaan amateur radio malah berpeluang berkomunikasi dengan para pengakap dari seluruh dunia melalui radio dan perisian internet MIRC. 5 orang pelajar SMK Elopura telah mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Sandakan untuk mengikuti perkhemahan ini. Mereka adalah:
- Chan Mee Fong
- Chin Su Mi
- Mori Lee
- Nur Ainnie Salim
- Tan Lee Hua
Kumpulan ini diiringi oleh Encik Lau Chee Loong sebagai Pegawai Penjaga Latihan BSMM Cabang Sandakan serta Ketua Guru Penasihat BSMM SMK Elopura. Turut hadir adalah Encik Marwan, Penolong Pesuruhajaya Daerah yang juga merupakan warga SMKE. Perkhemahan ini mendapat bantuan khas pelatih dari Amerika Syarikat, En Charles Michael Young. Menurut pihak penganjur, kali terakhir Sandakan menjadi tuan rumah untuk “Jamboree on the Air (JOTA)” adalah sepuluh tahun yang lalu. Maka, perkhemahan kali ini adalah sangat bermakna khasnya bagi pihak Pengakap Sandakan.






























