Laporan Aktiviti & Berita

Hari Jaya Waris Tingkatan 3



Tarikh: 02 September 2010 (Khamis)

Tempat: Kelas Tingkatan 3, SMK Elopura Sandakan

Hari Jaya Waris merupakan hari penyampaian keputusan peperiksaan para pelajar di mana para ibubapa mereka dijemput hadir untuk berinteraksi dengan guru-guru kelas anak-anak mereka. Pada hari ini juga, para ibubapa berpeluang untuk mengetahui pencapaian serta tingkahlaku anak-anak mereka dengan lebih terperinci. Sememangnya warga SMK Elopura Sandakan sentiasa mewujudkan kerjasama sebegini bagi kebaikan dan perkembangan para pelajar secara menyeluruh.