Jamuan Perpisahan Jawatankuasa Pemimpin Pelajar Bersama Pentadbir (JK3P)
Tarikh: 29 September 2010 (Rabu)
Tempat: Dewan Persona SMK Elopura Sandakan
Suatu majlis bagi memberi penghargaan kepada ahli-ahli Jawatakuasa Pemimpin Pelajar Bersama Pentadbir (JK3P) telah dianjurkan pada hari ini. Jamuan Perpisahan ini adalah untuk menghargai jasa para pemimpin-pemimpin pelajar yang telah banyak bersama sepanjang tahun 2010.
Pengetua, Pn Hajah Kalsom Hj Abd Aziz, dalam ucapan belia mengadakan bahawa kerjasama antara pemimpin pelajar dengan pihak pentadbir bukanlah satu fenomena baru. Kerjasama ini amat penting bagi memastikan program sekolah berjalan lancar.
Saudara Rizuan Johan, Pengerusi JK3P turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas tunjukajar pihak pentadbir.
Beberapa persembahan turut disajikan dalam jamuan tersebut selain daripada makanan yang enak.

























































