Laporan Aktiviti & Berita

Majlis Sambutan Israk Mikraj 2011



Tarikh: 1 Julai 2011

Tempat: Masjid Al-Aqsa

Majlis Sambutan Israk Mikraj disambut meriah di peringkat sekolah pada 1 Julai 2011 jam 10 pagi di Masjid Al-Aqsa SMK Elopura Sandakan. Guru-guru dan murid-murid Muslim menghadiri sambutan tersebut dengan penuh semangat. Ustaz Nasrin memberi ceramah diikuti satu persembahan multimedia yang disediakan Ustaz Mohd Shaiful Nizam. Pengetua sekolah, Puan Hajah Kalsom Abd Aziz turut hadir dalam sambutan yang bermakna ini.