Program Immersion Kepengetuaan 2011
Tarikh: 8 April 2011
Tempat: SMK Elopura Sandakan
SMK Elopura mengalu-alukan ketibaan rombongan SMK Sukau yang diketuai pengetuanya, En Albert Bayoi. Dalam program ini, kedua-dua pihak dapat berkongsi pengalaman dalam pentadbiran sekolah secara amnya.
Program ini adalah program induk Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bagi memantapan pengurusan sekolah yang terpilih. Tahun ini adalah tahun kedua SMK Elopura diberi keprcayaan bagi memimpin barisan pemimpin sekolah yang dipilih untuk bersama-sama meningkatkan prestasi kemajuan sekolah. Fokus utama program immersom adalah strategiĀ “Leadership Coaching andĀ Mentoring system”. Pada tahun 2010, SMK Libaran telah bersama-sama dengan para pentadbir SMK Elopura dalam pelbagai program pengurusan. Tahun ini (Feb hingga Sept 2011) pula SMK Sukau telah dipilih untuk menyertai program-program pengurusan sekolah bagi saling membantu dalam usaha memartabatkan 10 aspek penguuran sekolah iaitu :
- Pengurusan Organisasi
- Pengurusan Pejabat
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Kurikulum
- Pengursan Ko Kurikulum
- Pengurusan HEM
- Pengurusan Infrstruktur dan Fizikal
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan Komuniti
- Pengurusan Asrama





























