Laporan Aktiviti & Berita

HARI JAYA WARIS 1, 2017



Program Hari Jaya Waris 1, 2017 telah diadakan pada Khamis 25 Mei 2017.  Program Hari Jaya Waris 1, 2017 kali ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk bersama-sama para guru dan murid-murid di dalam perhimpunan sekolah. Program Hari Jaya Waris ini memberi ruang kepada ibu bapa dan penjaga murid untuk berjumpa dengan guru kelas bagi membincangkan pencapaian anak-anak di bawah jagaan mereka di dalam Ujian Gempur Minda 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017.

Objektif Hari Jaya Waris adalah untuk menjalinkan kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha membantu meningkatkan prestasi anak-anak didik. Melalui program ini juga diharapkan murid-murid  dapat  mengenali  potensi diri. Ia juga diharap dapat membantu para guru  mendidik anak-anak murid dengan lebih berkesan. Justeru, program ini diharap dapat membentuk modal insan yang seimbang, berkeperibadian unggul dan terbilang

Secara ringkasnya, Hari Jaya Waris 1, 2017 telah mendapat kerjasama yang baik daripada ibu bapa dan penjaga. Ia telah dapat dijalankan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para pentadbir, para guru, staf dan ibu bapa yang telah sama-sama menjayakan Hari Jaya Waris ini.

 

 

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.