Laporan Aktiviti & Berita

Perayaan Hari Guru



Tarikh: 25-26 Mei 2010

Tempat: SMK Elopura Sandakan

Aktiviti yang dijalankan sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura bagi sesi 2010 adalah aktiviti Sukaneka antara guru di bawah kelolaan MAPPTEE (Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam).

Antara aktiviti sukaneka yang diadakan ialah:

  • Perlawanan bola sepak (guru lelaki)
  • Perlawanan bola jaring (guru Perempuan)
  • Pertandingan tarik tali

Guru-guru dibahagi kumpulan berdasarkan rumah sukan SMK Elopura.

Pada 26 Ogos 2010 telah diadakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Elopura bersama Majlis Perasmian Sukan Tahunan SMK Elopura. Acara ini diadakan di padang SMK Elopura dan dirasmikan oleh YDP PIBG. Antara acara yang dijalankan ialah koir guru, ikrar guru dan anugerah kepada guru-guru berdasarkan pilihan pelajar. Terdapat tiga kategori Anugerah iaitu kategori guru tingkatan 1, kategori guru tingkatan empat dan lima dan kategori guru tingkatan enam. Anugerah guru ialah kehadiran paling awal, paling tegas, guru paling penyayang, berketrampilan paling menarik, paling berdedikasi dan paling lama berkhidmat. Seterusnya  acara meraikan guru disambung  di Dewan Pesona. Antara acaranya ialah persembahan pelajar, persembahan guru, persembahan multimedia, cabutan bertuah dan makan tengahari.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.